Monday, 13 May 2013
Sifat KAPITALISME yang membunuh...
Mata aku memejam untuk melupakan segalanya.
Senyuman yang ku sangka hilang mula timbul tanpa diundang,
tangan aku membelai udara agar dia berada disisi.
Aku ingin melupakan dia,
akan tetapi kenangan dipaksa menjelma,
tanpa aku sedari.....
Aku mula merinduinya,
akan tetapi itu hanya membawa seribu derita.
Pergilah dari sisiku.. Lenyaplah dalam mainan minda ku,
agar aku dapat menjalani kehidupan seperti dulu..
YA, SEPERTI DULU.
Aku keseorangan tanpa nyawa,dan..
Aku mati tanpa jiwa.
Murung diriku hanya dia yang mampu memujuk,
akan tetapi itu semua sudah berlalu.
Kini dia bahagia bersama temannya,
Aku pula tersenyum merana.
BIARKAN, aku sudah lama merana..
Ya TERLALU LAMA..
Aku melihat kebahagian dari sudut yang berbeza.
KENAPA?
Kerana aku tidak pernah merasa erti kebahagian dalam hidup ku.
Aku cuba menyelami diri agar bisa memujuk hati.
Hati aku teriak menangis kerana ingin disayangi,
akan tetapi makin kerap dibuang.
Aku makin lali dengan kehidupan kerana manusia melihat dan menilai aku dari luaran.
Aku disisih oleh segenap masyarakat,
kerana aku tidak layak mempunyai kawan dan lebih layak mempunyai lawan.
Tanpa aku sedari, aku masih keseorangan,
Aku cuba menunjukkan bahawa aku gembira bila bersendirian,
Akan tetapi air mata mengalir membawa keresahan.
Aku akan pergi suatu hari nanti..
Bukan meninggalkanMU cuma akan tetapi cuba terlepas dariMU..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment