Assalamualaikum, cukup sekadar pembuka kata. Apa khabar semua disana? Rasanya tidak perlu ditanya. Tiada apa yang perlu dikatakan selain meluah pendapat, pernah ditanya tentang seseuatu perkara? pernah diberi peluang untuk membuat pilihan? Aku PERNAH merasakan dan aku tidak gemar akan pembuatan tersebut... Kenapa? Tiada pendirian atau kehendakkah? ADA.. tapi tiada siapa yang pedulikannya.
Aku acapkali diberi peluang untuk membuat pilihan akan tetapi berapa ramai yang akan mempersetujui dengan pilihan aku tersebut? TIADA jawapnya. Aku dimarahi sekiranya tidak membuat pilihan dan aku juga akan dimarahi selepas membuat pilihan? Kenapa? Kerana aku tiada hak dalam menyuarakan sesuatu perkara.. cukup jangan beri aku peluang, cukuplah sekadar aku mengikut dari belakang dari terus mati dihentam tanpa sebab.
Aku Kalah... SELAMANYA..
Sunday, 27 October 2013
Monday, 13 May 2013
Sifat KAPITALISME yang membunuh...
Mata aku memejam untuk melupakan segalanya.
Senyuman yang ku sangka hilang mula timbul tanpa diundang,
tangan aku membelai udara agar dia berada disisi.
Aku ingin melupakan dia,
akan tetapi kenangan dipaksa menjelma,
tanpa aku sedari.....
Aku mula merinduinya,
akan tetapi itu hanya membawa seribu derita.
Pergilah dari sisiku.. Lenyaplah dalam mainan minda ku,
agar aku dapat menjalani kehidupan seperti dulu..
YA, SEPERTI DULU.
Aku keseorangan tanpa nyawa,dan..
Aku mati tanpa jiwa.
Murung diriku hanya dia yang mampu memujuk,
akan tetapi itu semua sudah berlalu.
Kini dia bahagia bersama temannya,
Aku pula tersenyum merana.
BIARKAN, aku sudah lama merana..
Ya TERLALU LAMA..
Aku melihat kebahagian dari sudut yang berbeza.
KENAPA?
Kerana aku tidak pernah merasa erti kebahagian dalam hidup ku.
Aku cuba menyelami diri agar bisa memujuk hati.
Hati aku teriak menangis kerana ingin disayangi,
akan tetapi makin kerap dibuang.
Aku makin lali dengan kehidupan kerana manusia melihat dan menilai aku dari luaran.
Aku disisih oleh segenap masyarakat,
kerana aku tidak layak mempunyai kawan dan lebih layak mempunyai lawan.
Tanpa aku sedari, aku masih keseorangan,
Aku cuba menunjukkan bahawa aku gembira bila bersendirian,
Akan tetapi air mata mengalir membawa keresahan.
Aku akan pergi suatu hari nanti..
Bukan meninggalkanMU cuma akan tetapi cuba terlepas dariMU..
Thursday, 14 February 2013
Harapan? Nasib?
Angin yang bertiup membawa seribu harapan,
Panas matahari membawa seribu kesengsaraan,
Lebat hujan membawa segala kepedihan,
Gelap malam membawa kehancuran,
Terang pagi membawa kebahagian,
Hanya mampu terdiam dan melihat segala perbuatan disisi tingkap,
Melihat gelagat manusia yang semakin alpa dengan kehidupan,
Dan melihat kejahilan yang sering ditonjolkan,
KENAPA?
Kerana manusia sudah tidak mampu berfikir dengan sewarasnya,
Otak berhenti berfungsi dan hanya nafsu yang mengawal diri,
Dimanakah keajaiban yang diharapkan?
Bahkan ia tidak pernah datang melainkan nasib semata mata,
Aku terdiam seketika memikirkan akan kehidupan dimasa hadapan,
Masih adakah lagi HARAPAN?
Atau yang tinggal hanyalah kesengsaraan?
Berharap dan terus berharap...
Agar manusia kembali waras.
Wednesday, 30 May 2012
Pembelajaran dalam kehidupan..
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Dah lama ak xupdate blog ak ni sbb ak pon xtau nk tulis apa,walaupon banyak benda yg dh terjadi dalam hidup ak. Errmmm ak pon xtau nak mulakan cerita dari mana sbb dh 2 thn ak tinggalkan blog ak ni. Tapi apa yang paling nak ak kongsikan ialah tentang kehidupan yg mesti kita semua teruskan. Alhamdulilah, ak bersyukur sangat sbb dapat sambung belajar di UITM SERI ISKANDAR dlm jurusan SENI HALUS (FINE ART). Bila fikir btol2 ak rasa mcm xsampai hati nak tinggalkan rumah ak ni sbb ak mmg selesa duduk kt rumah dan melepak bersama kawan2. Tapi sampai bila ak nak melepak? Ak pon ada cita2 yg perlu ak realisasikan dan disebabkan itu ak kena sambung belajar jugak. Bila peluang dah ada depan mata xkan kita nk biarkan je kan, mestilah kita kena ambil peluang tu dan gunakan ia dengan sebaik mungkin. 2.6.2012 adalah tarikh dimana ak akan pergi mendaftar di uitm dan bermula sebagai pelajar. Ak harap semuanya akan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah..AMIN.. Ermmm mungkin tu je apa yg ak nk kongsikan bersama kalian semua sbb ak ni bukan seorang yg rajin menulis dan ak juga seorang yg malas berfikir.. Lain kali ak menulis lagi tu pon kalau rajin la. Kalau xrajin mungkin blog ni akan di update pada 2 tahun hadapan.. hahaha
Monday, 31 January 2011
Dunia ku...
Assalamualaikum dan apa khabar semua..lama jugak ak xupdate blog ak ni maklumlah xdak apa pon yg bes untuk dikongsi..ermm xsangka btol ak dh tingkatan 5 skrng..cepat btol masa berlalu..tapi bukan itu yg ak nk kongsi dengan hampa semua(walaupun xdak orang follow blog ak ni)apa yg ak nk kongsi ialah bagaimana ak boleh gagal dalam test JPJ pada 19.1.2011..panas hati btol bila gagal rasa mcm ak gagal SPM pon ada..rasa kegagalan JPJ ni lebih teruk dari ak kontoi PMR dulu..ak gagal JPJ pon disebabkan titi je..bukan jatuh pon cuma kurang dari 7saat..tapi nasib baik kawan ak kata mungkin ini semua adalah takdir bagi ak dan mungkin jugak Allah S.W.T nak uji kesabaran ak..pada mulanya ak xleh terima kegagalan ak ni disebabkan ak dihina dan diketawakan oleh rakan2..tapi bagi ak ni semua perkara normal sebab mulut manusia mana boleh kita tutup..disebabkan kegagalan ni jugak la membuatkan ak lebih rajin mencari duit sendiri..selalunya ak kerap minta duit dengan ibu bapa ak tapi sekarang kebanyakannya ak menggunakan duit ak sendiri..ak follow kawan2 ak pergi kerja kontrak macam buat tandas,kasi rata tanah..setakat ni ak dh berjaya kumpul 60 ringgit..btol cakap kawan2 ak kegagalan membuatkan seseorang itu lebih pandai berdikari dan berusaha..sekarang ak dh xkisah walaupun ak gagal JPJ seribu kali pon sebab ak rasa semua yg berlaku pasti ada hikmahnya yg tersendiri..jadi kepada sesiapa yg sering gagal dalam apa yg dilakukan harap jadilah insan yg lebih tabah kerana kegagalan itu bukanlah selamanya..dah la ak xlarat nak taip dh ni..k sampai sini je post ak kali ni..kalau rajin ak update lain pulak..assalamualaikum..
Wednesday, 8 December 2010
Minat = Cita-cita

Assalamualaikum pembuka bicara dan apa khabar..disini ak akan menceritakan tentang diri ak walaupun ak pasti ramai yg xnak tau pon..hahahaha..ak seorang pelajar yg masih belajar di tingkatan 4..thn dpn ak akn mengambil peperiksaan SPM..gementar jugak..tapi ak bukan nk bercerita mengenai thn depan ak ingin bercerita dan kongsi bersama korang mcm mana ak blh terlibat dlm kegilaan meminati dunia komik dan anime ni..ya ak amat gemar akan komik dan anime berpunca dari seorng kawan ak yg bernama WAN..usia beliau 2 tahun lbh dari ak dan minat ak terhadap komik bermula sejak dia membuat komik sendiri..bila ak baca je komik dia,timbul satu perasan yg sngt aneh..ak pon xtau nk bgtau mcm mana..disebabkan terlalu ghairah dengan komik tersebut ak mencuri komik dia tanpa pengetahuan sesiapa pon..bila dh dpt komik tu ak pon mula la melukis apa yg dia lukis dalam komik tu..semenjak tu ak telah jatuh cinta terhadap komik dan bagi ak komik adalah segalanya..dulu ak amat meminati komik dari jepun seperti naruto,bleach,one piece dan detective conan..tapi semenjak 2 tahun lepas minat ak terhadap komik jepun mula berkurangan dan ak lebih gemar membaca komik dari negara sendiri iaitu MALAYSIA..bnyk sebenarnya pelukis2 komik di negara kita yg sama hebat dengan 'MANGAKA' dari jepun contohnya Lu Wu Khang a.k.a ZINT..ak mmg minat dengan setiap komik yg dihasilkan oleh beliau..setakat ni ak telah berjaya mengumpul kesemua novel grafik beliau..setiap komik beliau mesti mempunyai adegan2 gasak,lawak dan pengajaran dan ini yg menyebabkan ak sentiasa membeli novel grafik yg dilukis oleh beliau..disini ak senaraikan antara2 novel grafik beliau yg telah berjaya ak kumpul iaitu..
1. UNDER AGE
2. UNDER 18
3. UNDER 18 NO FEAR
3. UNDER 18 FEAR NO MORE
4. UNDER 18 FEARLESS
5. UNDER 18 END NO FEAR
6. UNDER 18 DIARI SIVIK YOSI (NOVEL RINGAN)
7. KIJIYA
8. KIJIYA DUEX
9. KIJIYA TROIS
10. KIJIYA QUATRE
11. 2 DUDES
12. 2 DUDES FOR LIFE
13. BODYGUARD.COM
14. ELI
15. HERO
16. EXPERSSI TEMPUR
17. K.O KING
18. K.O KING CONQUEST
19. HACKER
20. KISAH PENGEMBARAAN KROIT
21. SI PENJUAL AISKRIM
22. RAPSODI 18
23. ZENITH 4
24. GO GO CHA CHA STREET
25. CHEAP SHOT
26. M.F.E.O
Subscribe to:
Comments (Atom)
