Sunday, 27 October 2013

Pilihan dan Paksaan.

Assalamualaikum, cukup sekadar pembuka kata. Apa khabar semua disana? Rasanya tidak perlu ditanya. Tiada apa yang perlu dikatakan selain meluah pendapat, pernah ditanya tentang seseuatu perkara? pernah diberi peluang untuk membuat pilihan? Aku PERNAH merasakan dan aku tidak gemar akan pembuatan tersebut... Kenapa? Tiada pendirian atau kehendakkah? ADA.. tapi tiada siapa yang pedulikannya.

Aku acapkali diberi peluang untuk membuat pilihan akan tetapi berapa ramai yang akan mempersetujui dengan pilihan aku tersebut? TIADA jawapnya. Aku dimarahi sekiranya tidak membuat pilihan dan aku juga akan dimarahi selepas membuat pilihan? Kenapa? Kerana aku tiada hak dalam menyuarakan sesuatu perkara.. cukup jangan beri aku peluang, cukuplah sekadar aku mengikut dari belakang dari terus mati dihentam tanpa sebab.