Thursday, 14 February 2013

Harapan? Nasib?

Angin yang bertiup membawa seribu harapan, Panas matahari membawa seribu kesengsaraan, Lebat hujan membawa segala kepedihan, Gelap malam membawa kehancuran, Terang pagi membawa kebahagian, Hanya mampu terdiam dan melihat segala perbuatan disisi tingkap, Melihat gelagat manusia yang semakin alpa dengan kehidupan, Dan melihat kejahilan yang sering ditonjolkan, KENAPA? Kerana manusia sudah tidak mampu berfikir dengan sewarasnya, Otak berhenti berfungsi dan hanya nafsu yang mengawal diri, Dimanakah keajaiban yang diharapkan? Bahkan ia tidak pernah datang melainkan nasib semata mata, Aku terdiam seketika memikirkan akan kehidupan dimasa hadapan, Masih adakah lagi HARAPAN? Atau yang tinggal hanyalah kesengsaraan? Berharap dan terus berharap... Agar manusia kembali waras.